• Goad (Sweet in marathi) Dashmi is a flatbread, a chapati made using jaggery and milk instead of water. This is a typical Maharashtrian dish. I remember whe...

Keistimewaan Wanita Dalam Pandangan Islam

wanita%2Bshalihah%2Bwww.masustadz.com

Keistimewaan Wanita Dalam Pandangan Islam - Fakta Unik Copas

Banyak pihak mengatakan bahawa sukar
menjadi wanita Islam (muslimah), hanya
dengan melihat secara kasar perkara-perkara di
bawah ini :

  • Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding
    lelaki
  • Wanita perlu minta izin dari suami apabila
    mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Wanita saksinya (jumlah apabila menjadi
    saksi) kurang berbanding lelaki.
  • Wanita menerima harta warisan lebih sedikit
    dari pada lelaki.
  • Wanita perlu menghadapi kesusahan
    mengandung dan melahirkan anak
  • Wanita wajib taat kepada suaminya,
    sementara suami tak perlu taat pada istrinya
    dalam (hal-hal tertentu).
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan
    isteri.
  • Wanita kurang "selesa" dalam beribadat
    kerana adanya masalah haid dan nifas.
  • dan lain-lain isu yang sengaja dipersoalkan
    sama ada mereka yang bukan Islam ataupun
    mereka yang terperdaya dengan tohmahan
    "musuh" Islam.

Tetapi, pernahkah kita menyelami hakikat yang
sebenarnya yaitu kelebihan menjadi seorang
wanita yang beragama Islam?
Baca ulasan
berikut:

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan
terbaik. Sudah pasti itulah intan permata
bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi
tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali
lebih utama daripada kepada bapanya ?

3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit
daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu
akan menjadi miliknya dan tidak perlu
diserahkan kepada suami? Sementara suami
apabila menerima harta warisan ia wajib juga
menggunakan hartanya untuk isteri dan anak- anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung
dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa
setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk,
malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi
ini, dan tahukah jika ia meninggal karena
melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita,
iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara
perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga
melalui pintu mana saja yang disukainya cukup
dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada
suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah,
sementara bagi wanita jika taat kepada suami
serta menunaikan tanggungjawabnya kepada
Allah SWT, maka ia akan turut menerima
pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad
di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.

Temukan artikel menarik lainya di blog - Fakta Unik Copas

0 Response to "Keistimewaan Wanita Dalam Pandangan Islam"

Posting Komentar