• Goad (Sweet in marathi) Dashmi is a flatbread, a chapati made using jaggery and milk instead of water. This is a typical Maharashtrian dish. I remember whe...
Salasilah Wali Songo

Adalah sangat sukar memastikan kesahihan tentang salasilah 9 Wali Songo, banyak kisah benar yang telah ditokok tambah menjadikannya ia sebuah lagenda atau cerita rakyat, yang lama kelamaan akan hilang keaslian kisah ke
walian mereka. Begitu juga dalam meneliti salasilah serta asal usul keturunan mereka.
Terdapat banyak versi bagi setiap individu bagi sembilan waliyullah tersebut.

Terdapat beberapa faktor kenapa keadaan sejarah Wali Songo menjadi keliru. Antara puncanya ialah, agenda penipuan maklumat oleh penulis Inggeris seperti Stamford Raffles, penulis-penulis Belanda yang berfahaman zionis seperti Barros, Tom Pirres, Hendrik De Lame dan ramai lagi telah memutar belit sejarah supaya generasi terkemudian tidak lagi mengenal sejarah kedatangan Islam ke Nusantara, persaudaraan Islam tanpa sempadan dan yang paling dahsyat ialah memupuk semangat kebangsaan mengikut acuan negara masing-masing di Nusantara. Tujuannya ialah supaya umat Islam di Nusantara tidak akan bersatu dan terus bertelingkah sesama sendiri.

Selain itu terdapat juga ekstrimis kesukuan yang taksub dengan Sabdo Palun yang sengaja mereka-reka cerita dengan bertujuan yang tidak baik terhadap Wali Songo. Mereka tidak dapat menerima pemimpin atau orang yang lebih terserlah dari kaum mereka. Dengan itu dikatakan bahawa sebahagian Wali Songo adalah dari keturunan pemimpin mereka secara langsung. Inilah yang menyebabkan berlaku kecelaruan data salasilah serta sejarah Wali Songo.

Peranan ke 9 Wali Songo di Nusantara dalam menyebar agama Islam adalah terlalu besar. Ketokohan serta pengorbanan mereka juga wajar dicontohi dan diteladani oleh generasi akan datang.


1- Sunan Gresik

Maulana Malik Ibrahim merupakan putera sulung Sayyid Hussein Jamadil Kubro dengan Puteri Linang Cahaya, puteri Raja Chermin (Raja Kelantan/Patani). Dilahirkan di Champa pada tahun 1350 dan meninggal dunia pada tahun 1419 dalam usia 69 tahun.
Dibesarkan serta mendapat didikan agama di Kerisek, Patani oleh saudara sebelah ayahanda beliau sebelum pulang semula ke Champa dan berdakwah di sana.

Pada tahun 1397, beliau bersama rombongan Raja Chermin, Sultan Iskandar Syah dan anakanda baginda, Sultan Saddiq Maulana telah ke Majapahit untuk memperbetulkan amalan Hayam Wuruk yang dikatakan mencampur ajaran Hindu-Shiva walaupun telah memeluk agama Islam.

2- Sunan Ampel

Nama sebenarnya ialah Maulana Ahmad Rahmatullah Bin Sayyid Ibrahim al-Akbar Bin Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Dilahirkan di Champa pada tahun 1377 dan meninggal dunia pada tahun 1533 dalam usia yang sangat tua, iaitu 156 tahun.
Beliau dibesarkan di Champa serta mendapat didikan agama daripada datuk dan ayahnya sendiri sebelum dihantar belajar di Patani.

Pada tahun 1397, dalam usia 20 tahun, Sunan Ampel telah mengikuti rombongan datuknya, Sayyid Hussein Jamadil Kubro ke Sulawesi. Ikut serta dalam rombongan tersebut ialah ayahnya, Ibrahim Asmarakandi (Ibrahim Asmaro) dan Maulana Ishaq. Bagaimana pun Sunan Ampel meneruskan perjalanannya ke Pulau Jawa dan menuju ke Ampel Denta serta berdakwah di sana. Beliau sering berhubung dengan bapa saudaranya, Sunan Gresik atas urusan dakwah. Setelah Sunan Gresik meninggal dunia pada tahun 1419, Ibrahim Asmarakandi dan Maulana Ishaq telah diminta oleh Sayyid Hussein Jamadil Kubro supaya ke Tanah Jawa meneruskan misi dakwah Sunan Gresik serta membantu Sunan Ampel menyebarkan Islam.

3- Sunan Giri

Muhammad Ainul Yaqin bin Makhdum Ishaq juga lebih dikenali sebagai Raden Paku. Beliau dilahirkan di Blambangan pada tahun 1442 dan meninggal dunia pada tahun 1506 dalam usia 64 tahun.
Beliau mendapat didikan agama di pesantren (pondok) Sunan Ampel, yang juga bapa saudaranya. Setelah tamat belajar, beliau telah membuka pesantren di Desa Sidomukti sebuah perkampungan berbukit bukau. Bukit di dalam bahasa Jawa adalah giri, dengan itu beliau digelar sebagai Sunan Giri selain Prabu Satmata.

4- Sunan Bonang

Maulana Makhdum Ibrahim bin Maulana Ahmad Rahmatullah dilahirkan pada tahun 1450 dan meninggal dunia pada tahun 1525 dalam usia 65 tahun. Mendapat didikan agama di pesantren ayahnya, Sunan Ampel di Ampel Denta. Beliau kemudiannya membuka pesantren di Lasem, Jawa Tengah disebuah tempat yang dikenali sebagai Bonang. Beliau telah dilantik sebagai mufti serta panglima pertama Kesultanan Demak.

5- Sunan Kalijaga

Nama sebenarnya ialah Raden Said bin Raden Sahur dilahirkan dalam tahun 1450. Bapanya ialah pemerintah (Adipati) Tuban yang juga dikenali sebagai Arya Wilatika. Usianya dikatakan lebih 100 tahun dan masih lagi hidup semasa kelahiran Kerajaan Pajang pada tahun 1546 seta masih aktif merancang pembinaan tamaddun Islam ketika itu.

Sahabat serta rakan sepejuangan beliau yang paling rapat ialah Sunan Bonang dan Sunan Gunung Jati. Beliau berdakwah menggunakan kaedah seni tempatan yang diterap nilai Islam bagi menarik perhatian penduduk supaya memeluk agama Islam. Setelah Islam telah difahami sedikit demi sedikit seni dan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam telah dihapuskan beliau.

6- Sunan Gunung Jati

Syarif Hidayatullah bin Wan Abdullah Umdatuddin dilahirkan pada tahun 1450 dan meninggal dunia pada tahun 1568 dalam usia 118 tahun. Beliau banyak mengembara ke luar negeri untuk menuntuk ilmu agama. Semasa usianya belasan tahun, belai telah dihantar oleh bapanya ke Patani untuk mempelajari pelbagai cabang ilmu.
Kisah Sunan Gunung Jati banyak diputar belit bagi menghapuskan identity sebenar beliau. Ini kerana darah bapa beliau yang masih pekat dan dekat dengan asal usul Wali Songo. Kedua-dua belah pihak ayah dan ibunya memiliki darah Kesultanan, jadi tidak hairanlah beliau adalah satu-satunya anggota Wali Songo yang berdakwah menerusi sistem pemerintahan Kesultanan di Cirebon atau dikenali sebagai Kesultanan Pakungwati.

7- Sunan Drajat

Raden Qosim bin Maulana Ahmad Rahmatullah adalah putera Sunan Ampel yang juga adik kepada Sunan Bonang. Beliau dilahirkan pada tahun 1470 dan tahun beliau meninggal serta umurnya tidak diketahui dengan jelas.

Beliau belajar agama di pesantren Sunan Ampel. Sebelum membuka pesanteran di Desa Drajat, beliau terlebih dahulu berdakwah di Gresik dan Lamongan.

8- Sunan Kudus

Nama aslinya Jaafar Shoddiq bin Utsman Haji. Tiada catatan jelas tahun kelahiran beliau tetapi dikatakan meninggal dunia dalam tahun 1550.

Beliau banayk mempelajari ilmu agama dengan Sunan Kalijaga serta meneruskan kaedah yang sama untuk berdakwah. Bapanya Utsman Haji (Sunan Ngudung) adalah Panglima Perang Kesultanan Demak. Setelah bapanya meninggal dunia, Sunan Kudus pula telah dilantik Kesultanan Demak sebagai Panglima Perang.

9- Sunan Muria

Raden Prawoto bin Raden Said adalah putera Sunan Kalijaga. Bagaimana pun tiada catatan jelas tentang tarikh kelahiran serta umur beliau.

Belajar ilmu agama dengan ayahnya, Sunan Kalijaga serta banyak meniru cara ayahnya berdakwah. Belaiu lebih suka tinggal di desa terpencil untuk berdakwah. Beliau mudah bergaul dengan masyarakat, mengajar bercucuk tanam, berniaga dan menangkap ikan. Selain itu beliau juga sering dirujuk oleh Kesultanan Demak untuk medapatkan nasihat berkaitan pentadbiran dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan.

0 Response to " "

Posting Komentar