• Goad (Sweet in marathi) Dashmi is a flatbread, a chapati made using jaggery and milk instead of water. This is a typical Maharashtrian dish. I remember whe...

Pendahuluan

Assalammualikum dan salam sejahtera kepada anda semua.

Salam berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi melayari laman blok untuk paparan gambar-gambar aneh yang menjadi misteri disebalik kewujudan alam ini. Terlebih dahulu, apa yang dipaparkan, mungkin banyak mencabar kepercayaan anda. Akan tetapi, semuanya terpulang kepada anda untuk mempercayainya.

Bagi membuka tirai, memikirkan kejadian mengenai kewujudan langit, bumi dan angkasa, sudah cukup membuatkan kita berfikir betapa hebatnya alam semesta ciptaan tuhan ini. Ia sememangnya telah banyak menyimpan seribu satu persoalan yang sukar ditandingi apatah lagi diungkai satu persatu. Sejak zaman berzaman lagi, banyak tokoh terbilang telah lahir dan datangnya saling silih berganti namun, semuanya bagaikan hilang ditelan masa. Yang tinggal hanyalah sejarah dan fakta yang belum mampu menjawab segala persoalan misteri mengenai rahsia alam.


Alam ini saja telah menyimpan bermacam kisah misteri yang sukar diungkap dengan kata-kata, tetapi percayakah anda dengan kisah – kisah misteri mengenai alam ini? Jika jawapannya Ya, saya pasti anda telah banyak mendengar kisah misteri, tetapi bagaimana pula dengan kisah – kisah misteri yang anda belum pernah dengar dan lihat? Apakah pula kaitan manusia dengan alam? Kita memang boleh melihat alam ini, tetapi, mampukah alam ini melihat kita kembali? Jika tidak, mengapa pula adanya banyak penemuan tulisan dan bentuk fizikal manusia disebalik kewujudan alam ini? Mungkinkah alam ini hidup? Apakah penghujung cerita disebalik kewujudan alam ini? Adakah hanya kematian sahaja yang boleh menyelesaikan segala persoalan yang tidak terjawab?

Jika benar, biarlah masa menentukannya. Itulah segala misteri yang menjadi persoalan tidak pasti bilakah penghujungnya. Walau apajua pun bentuk persoalan misteri yang timbul, diyakini belum ada jawapan benar lagi tepat diberikan seolah-olah membayangkan betapa segala rahsia persoalan alam ini menuju ke suatu destinasi yang tiada akhir.

Sekali lagi Terima kasih kepada anda, silalah layari laman web ini dimasa-masa akan datang kerana bahan ceritanya pasti akan menjadi lebih menarik dan di jamin akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Yang baik dijadikan teladan buruk jadikan sempadan. Semoga terhibur daripada saya Ewey. Terima Kasih …Jumpa lagi!”

0 Response to "Pendahuluan"

Posting Komentar